KUALA TERENGGANU: Pelarasan tarif air baharu bagi kategori pengguna domestik dan bukan domestik di Terengganu akan berkuat kuasa pada 1 Feb depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Abdul Karim Endut berkata tarif baharu itu, yang naik antara lapan sen hingga 18 sen bagi setiap meter padu mengikut kadar penggunaan, adalah termasuk caj elektrik sebanyak lapan sen yang sebelum ini diserap ke dalam kos operasi SATU.
Beliau berkata pengguna domestik bagi bacaan meter 0 hingga 20 meter padu akan mengalami kenaikan daripada 42 sen kepada 58 sen manakala bagi bacaan melebihi 20 meter padu hingga 35 meter padu, kadar baharu ialah 83 sen berbanding 65 sen sebelum ini.
"Bagi penggunaan melebihi 35 meter padu pula, kadar baharu ialah RM1.08 bagi setiap meter padu berbanding RM1 sebelum ini.
"Kadar caj minimum bagi pengguna domestik pula beralih daripada RM4 kepada RM5.80 mulai 1 Feb depan," katanya pada sidang media mengenai pelarasan tarif air bagi Terengganu di pejabat SATU hari ini.
Abdul Karim juga berkata bagi kategori domestik pukal, caj minimum akan berubah kepada RM10.80 sebulan dan caj baharu beralih sebanyak lapan sen kepada RM1.08 sen bagi penggunaan setiap meter padu manakala bagi perusahaan komersial serta bangunan bukan domestik, menyaksikan peralihan kadar baharu kepada RM1.08 bagi penggunaan hingga 35 meter padu.
"Selain itu, Terengganu ialah satu-satunya negeri yang tidak mengenakan caj air kepada masjid dan surau yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam," katanya.
Beliau berkata pelarasan tarif air dan caj elektrik baharu itu dijangka dapat memberi pendapatan tambahan kepada SATU sebanyak RM9.6 juta setahun.
"Hasil daripada pendapatan itu, SATU merancang melaksanakan projek pembangunan infrastruktur bekalan air seperti menaik taraf loji rawatan sedia ada yang melibatkan kos RM11 juta, penggantian paip kritikal bernilai RM10 juta dan program air tidak terhasil (NRW) sebanyak RM16.6 juta," katanya.
Abdul Karim buat masa ini, SATU menyediakan perkhidmatan bekalan air terawat kepada lebih 1.2 juta penduduk meliputi 342,364 akaun termasuk pengguna domestik dan bukan domestik yang merangkumi perusahan kecil serta sederhana sehingga kepada pengguna industri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Tarif baharu itu, yang naik antara lapan sen hingga 18 sen bagi setiap meter padu mengikut kadar penggunaan, adalah termasuk caj elektrik sebanyak lapan sen yang sebelum ini diserap ke dalam kos operasi SATU.
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Niaga AWANI: Jepun penyumbang utama eksport kayu sarawak dengan nilai RM1.67 bilion pada 2023
Jepun kekal jadi penyumbang utama hasil industri perkayuan Sarawak dengan RM1.67 bilion pada tahun 2024 dan RM387 juta setakat sduku pertama 2024.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Jumlah jawatan suku pertama meningkat 1.5 peratus - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan, iaitu rekod tertinggi sejak 2018.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: India import 285,829 tan minyak sawit Malaysia pada April
India mengimport 285,829 tan minyak sawit dari Malaysia pada April seterusnya menyumbang 21.6 peratus daripada jumlah import minyak sayuran negara pada bulan terbabit.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: AS umum kenaikan tarif import China
Amerika Syarikat menaikkan tarif ke atas kenderaan elektrik (EV) dari China daripada 25 peratus kepada 100 peratus. Menurut White House, ia sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap import China.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Belia Negara 2024
Ikuti kupasan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun, sempena Hari Belia Negara 2024.
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kelantan tetap laksana pelarasan tarif air - Mohd Nassuruddin
Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan pelarasan tarif air di negeri itu yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.
Pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik, bukan domestik di Terengganu berkuat kuasa 1 Feb
Pelarasan tarif air baharu bagi kategori pengguna domestik dan bukan domestik di Terengganu akan berkuat kuasa pada 1 Feb depan.
Melaka umum tarif baharu air Rabu ini - Ab Rauf
Kerajaan Melaka akan mengumumkan tarif baharu air pada Rabu ini dengan mengutamakan kepentingan pengguna dan pemegang taruh terlibat.
Tarif air: MCA mahu PM campur tangan, audit operator dan rombak SPAN
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, bekalan air bersih dan berterusan kepada rakyat bukan suatu perniagaan, tetapi tanggungjawab dan misi kerajaan.
Tarif air baharu di Johor bermula 1 Feb
Syarikat pengendali air di negeri ini, Ranhill SAJ akan melaksanakan pelarasan tarif air baharu bagi kategori domestik bermula 1 Feb ini sepertimana yang diputuskan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Persetujuan pelarasan tarif air berdasarkan permintaan kerajaan negeri - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada negeri yang tidak pernah melakukan pelarasan tarif arif melebihi 40 tahun.
Rungutan masalah air di Kelantan berkurang - Nassuruddin
Rungutan berkaitan masalah air di Kelantan semakin berkurangan berikutan usaha kerajaan menaik taraf keperluan itu.
Pelarasan kadar tarif air jamin perkhidmatan lebih baik - AWER
Pengumuman pelarasan tarif air yang diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah suatu usaha yang mampu menjamin perkhidmatan air yang lebih baik di negara ini.
Bermula 1 Februari, tarif air naik purata 22 sen setiap meter padu
SPAN umum tarif air pengguna domestik di Semenanjung dan Labuan diselaras berkuat kuasa 1 Februari.
Isu tarif air: SPAN adakan sidang media dalam tempoh terdekat
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengadakan sidang media dalam masa satu atau dua minggu lagi bagi menjawab isu pelarasan tarif air.